Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji subsidi bahan api

Subsidi untuk kenderaan 1,500cc, ke bawah, masyarakat luar bandar Sarawak guna 4WD berkapasit­i 2,400cc

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengkaji semula pemberian subsidi bahan api yang hanya diberikan kepada kenderaan berkapasit­i enjin 1,500cc dan ke bawah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, kebanyakan masyarakat luar bandar di Sarawak menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda (4WD) mempunyai kapasiti enjin di atas 2,400cc, bukan kerana mereka berduit dan mampu tetapi keperluan dan keadaan jalan balak hanya sesuai untuk kenderaan jenis tersebut.

“Ini kerana hanya kenderaan 4WD mempunyai kemampuan meredah jalan pembalakan di kawasan luar bandar negeri ini, mereka tiada pilihan perlu membeli kenderaan itu dengan kapasiti enjin 2,400cc ke atas kerana 90 peratus jalan luar bandar di Baram adalah jalan pembalakan.

“Tanpa subsidi itu bukan hanya membebanka­n pemilik kenderaan malah turut terjejas penumpang di luar bandar terpaksa membayar tambang mahal. Ramai kalangan pe-

Ini kerana hanya kenderaan 4WD mempunyai kemampuan meredah jalan pembalakan di kawasan luar bandar negeri ini, mereka tiada pilihan perlu membeli kenderaan itu dengan kapasiti enjin 2,400cc ke atas kerana 90 peratus jalan luar bandar di Baram adalah jalan

” pembalakan.

Dennis Ngau ADUN) Telang Usan

numpang adalah orang tidak mempunyai pendapatan tetap dan susah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra sempena sambutan Tahun Baharu 2019 anjuran Persatuan Pemilik Pacuan Empat Roda Telang Usan ( PPPERTU) di sini malam kelmarin.

Beliau yang juga penaung PPPERTU berkata, sebelum ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Belanjawan 2019 mengumumka­n subsidi bahan api hanya diberikan kepada kenderaan berkapasit­i enjin 1,500cc dan ke bawah.

Beliau menegaskan bahawa majoriti pemilik kenderaan di Baram menggunaka­n 4WD dengan kapasiti tidak kurang daripada 2,400cc.

Selain membawa barangan keperluan harian, pemilik 4WD menggunaka­n kenderaan untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung perbelanja­an di pedalaman.

Menurut beliau, terdapat pemilik kenderaan 4WD membeli minyak tanpa subsidi terpaksa menurunkan harga untuk mengurangk­an beban penumpang tidak mampu membayar tambang.

Dalam pada itu, Dennis berkata penubuhan PPPERTU adalah signifikan bagi menyedi- akan perkhidmat­an pengangkut­an sistematik ke kawasan pedalaman Telang Usan.

“Pemanduan di kawasan Telang Usan tidak sama dengan kawasan bandar kerana melalui jalan balak memerlukan kemahiran tertentu.

“Tujuan utama PPPERTU ialah menyediaka­n pengangkut­an terjamin keselamata­n dengan tambang seragam untuk semua pemilik 4WD.

“Melalui penyeragam­an harga tambang, kita berharap dapat mengelak penumpang terutama dari luar Telang Usan dikenakan bayaran tidak sepatutnya dan memastikan mereka menggunaka­n pemandu yang benar-benar mahir memandu di jalan balak Telang Usan,” jelasnya.

Setakat ini, seramai 120 pemilik 4WD berdaftar di bawah PPPERTU.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau akan mengemukak­an cadangan kepada kerajaan negeri untuk memohon bantuan pemberian tayar percuma kepada ahli-ahli PPPERTU.

Dennis turut mencadangk­an kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyediaka­n tempat parkir khas bagi kegunaan ahli-ahli PPPERTU memudahkan pelanggan akses dengan perkhidmat­an mereka.

Pada majlis tersebut, Dennis mengumumka­n peruntukan sejumlah RM10,000 untuk membiayai aktiviti tahunan persatuan tersebut.

Hadir sama Datuk Bandar MBM Adam Yii, Pegawa Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balas Seling, Pengerusi PPPERTU Kaunselor Jaraw Braim dan ahli-ahli persatuan.

 ??  ??
 ??  ?? RAMAH MESRA: (Duduk barisan tengah, empat kanan) Jaraw, Yii, Dennis dan yang lain pada majlis berkenaan malam kelmarin.
RAMAH MESRA: (Duduk barisan tengah, empat kanan) Jaraw, Yii, Dennis dan yang lain pada majlis berkenaan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia