Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu promosi Miri destinasi pilihan pelancong

Ia seiring dengan kempen promosi Tahun Melawat Sarawak tahun ini bertemakan ‘More To Discover’

- Oleh Steve Annuar

Promosi juga adalah kesinambun­gan daripada Tahun Melawat Miri ( TMM) pada tahun lalu bertemakan ‘Discover Miri

Borneo’. ”

Uniquely

MIRI: Pemain- pemain pelanconga­n di sini digesa terus menyokong mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pilihan pelanconga­n.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii berkata usaha itu seiring dengan kempen promosi Tahun Melawat Sarawak (TMS) tahun ini bertemakan ‘More To Discover’.

“Promosi juga adalah kesinambun­gan daripada Tahun Melawat Miri (TMM) pada tahun lalu bertemakan ‘Discover Miri Uniquely Borneo’,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina (TBC) dan acara menggaul Yee Sang di sini malam kelmarin.

Yii berkata, sebanyak 106 acara dalam kalendar pelanconga­n Sarawak dirancang tahun ini dan 15 acara disenaraik­an diadakan di Miri dimulakan dengan Pasar Gong Xi Fa Cai.

Sempena meraikan ulang

Adam Yii

Datuk Bandar MBM

tahun Miri sebagai bandar raya pada Mei nanti pelbagai aktiviti dirancang dalam tempoh sebulan.

“Saya menyeru semua termasuk pertubuhan atau individu menyokong dan menyumbang kepada Miri May Fest (kalendar acara bulan Mei) untuk menjana ekonomi dan populariti Miri,” jelasnya.

Mengenai sambutan TBC, Adam berkata penganjura­n rumah terbuka adalah peluang mengukuhka­n persahabat­an dan persefaham­an antara kaum.

Selain itu, pemilihan lokasi penganjura­n majlis rumah terbuka yang selesa dan sesuai untuk semua memeriahka­n lagi suasana perayaan.

Terdahulu, Pengurus Besar Kluster Pullman Kuching dan Miri Ishak Ibrahim berkata penganjura­n majlis itu adalah meraikan bersama sambutan TBC dengan meriah.

“Saya percaya setiap sambutan menggambar­kan kekayaan budaya, kepelbagai­an kaum dan agama khasnya di negara kita,” katanya.

Majlis itu adalah kali ketiga dianjurkan sejak hotel tersebut beroperasi pada 2016 dan dihadiri 200 tetamu termasuk 30 kanak-kanak daripada Rumah Jagaan Methodist Tudan.

Program diteruskan dengan sumbangan angpau kepada kanak-kanak.

Majlis tersebut memberi peluang kepada tetamu menikmati hidangan dipromosik­an sempena TBC dan bufet Chap Goh Mei untuk tetamu restoran Pullman Kitchen.

Hadir sama Pengurus Pullman Miri Adrian Ng. Tetamu membawa balik cenderamat­a manisan dan biskut sebaga tanda penghargaa­n.

 ??  ?? JAMUAN MALAM: Adam (tengah), Ishak (lima kiri), Adrian (lima kanan) dan ketua-ketua jabatan menggaul Yee Sang pada Majlis Makan Malam TBC Hotel Pullman Waterfront Miri kelmarin.
JAMUAN MALAM: Adam (tengah), Ishak (lima kiri), Adrian (lima kanan) dan ketua-ketua jabatan menggaul Yee Sang pada Majlis Makan Malam TBC Hotel Pullman Waterfront Miri kelmarin.
 ??  ?? TERBIAR: Dua monyet dipercayai dijadikan haiwan peliharaan di belakang sebuah rumah di Taman Tunku, Miri.
TERBIAR: Dua monyet dipercayai dijadikan haiwan peliharaan di belakang sebuah rumah di Taman Tunku, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia