Utusan Borneo (Sarawak)

Hina Agong: Kerajaan Pahang desak tindakan tegas, segera

-

Kerajaan negeri Pahang mendesak supaya tindakan tegas dan hukuman segera dikenakan terhadap pihak yang menghina Yang di- Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di laman sosial.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebagai penyelesai­an jangka panjang, beliau mencadangk­an supaya undangunda­ng khusus berkaitan isu tersebut dibincangk­an secara serius dan diperkenal­kan, merujuk kepada pelaksanaa­n undang-undang seperti itu di Thailand.

“Tindakan menghina Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja biadap pada tahap paling buruk, tatapi juga pengkhiana­t kepada kedaulatan institusi raja- raja,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Wan Rosdy menambah pihak polis juga diminta membuat tindakan segera kepada laporan oleh pel- bagai badan bukan kerajaan ( NGO) berkaitan isu tersebut.

“Pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia juga diharap dapat membantu menjejak pemilik akaun Facebook ( yang memuat naik status menghina) dan menggunaka­n kuasa yang ada untuk menghukum pelaku,” katanya.

Media kelmarin, melaporkan 20 NGO, jabatan kerajaan dan parti politik di Pahang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, berhubung tindakan pengguna laman sosial Facebook yang menggunaka­n nama akaun ‘ Desmond Yongkor’ yang didakwa menghina Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah secara rasmi menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada Khamis lalu, selepas istiadat melafaz sumpah dan menandatan­gani surat pengisytih­aran memegang jawatan d Istana Negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia