Utusan Borneo (Sarawak)

MOHD FARHAN PUJI AKSI PEMAIN MUDA

Meskipun tewas pada aksi pembuka tirai namun persembaha­n skuad Sarawak harus dibanggaka­n

- Oleh Harry Ilias

Secara keseluruha­n saya tetap berpuas hati dengan persembaha­n semua pemain terutamany­a pemain-pemain muda walaupun kita tewas dalam perlawanan pertama. ”

Mohd Farhan Abdullah

Ketua Jurulatih Sarawak

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Mohd Farhan Abdullah memuji aksi diperagaka­n barisan pemain muda tempatan pada perlawanan pembukaan Liga Premier 2019 menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan malam kelmarin.

Meskipun tewas 2-1 dalam perlawanan itu, Farhan tetap berpuas hati dengan persembaha­n barisan pemainnya terutama pemain- pemain muda.

“Secara keseluruha­n saya tetap berpuas hati dengan persembaha­n semua pemain terutamany­a pemain-pemain muda walaupun kita tewas dalam perlawanan pertama.

“Mereka menunjukka­n permainan yang begitu meyakinkan t e r u t a - m a n y a p a d a b a b a k k e d u a dengan jentera s e r a n - gan kita k e r a p mengasak gawang Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Mohd Farhan, perlawanan malam k e l m a r i n s e p a t u t n y a boleh dimenangi skuad Sarawak atau sekurang-kurangnya seri jika beberapa peluang terhidang disudahkan dengan kemas.

Jelasnya, Bobby Gonzales dan Nur Shamie Iszuan Amin masing-masing mempunyai peluang keemasan mencipta jaringan namun dikecewaka­n dengan penyudah kurang berkesan dan terkena tiang gol lawan.

“Apapun saya mengharapk­an kita boleh bangkit pada perlawanan kedua menentang Pulau Pinang di laman sendiri nanti,” katanya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Sarawak keting- galan seawal minit ke- 10 menerusi jaringan Ferris Denial.

Penyerang import tuan rumah, Almir Neto menambah derita Sarawak dengan meledakkan jaringan kedua Negeri Sembilan pada minit ke-52.

Bagaimanap­un, Sarawak tidak mudah mengalah justeru berjaya mengurangk­an defisit gol hasil jaringan bek import baharu dari Brazil Pedro Henrique Dias pada minit ke-56.

Usaha kedua-dua pasukan menambah jaringan tidak berhasil dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan dengan kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan.

Sarawak akan meneruskan kempen Liga Premier 2019 menentang Pulau Pinang di laman sendiri, Stadium Sarawak Petra Jaya, Kuching pada 9 Februari ini.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? DIASAK: Pemain Negeri Sembilan, Dzulfahmi Abdul Hadi (tengah) diasak pemain Sarawak pada perlawanan Liga Perdana Malaysia 2019 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam kelmarin.
— Gambar Bernama DIASAK: Pemain Negeri Sembilan, Dzulfahmi Abdul Hadi (tengah) diasak pemain Sarawak pada perlawanan Liga Perdana Malaysia 2019 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia