Utusan Borneo (Sarawak)

PAMERAN LAMPU MENYINARI BANDAR SIBU

-

SIBU: Orang ramai diseru agar beramai-ramai memeriahka­n Pameran Lampu yang sedang berlangsun­g di Dataran Bandar Sibu Fasa II, hingga 8 Mac, dari jam 5 petang hingga 11 malam.

Menerusi kenyataan medianya, acara anjuran Kawasan Rukun Tetangga Pasar Teku itu mempamerka­n hiasan lampu dalam pelbagai bentuk dan gubahan.

Ia juga sebagai salah satu usaha untuk bekerjasam­a dengan kerajaan dalam mempromosi­kan bandar Sibu kepada pengunjung dari luar.

Di samping itu, keunikan pameran lampu ini juga akan membawa pengalaman berbeza kepada para pengunjung sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolah­an.

Menurut kenyataan media itu lagi, rangka lampu LED yang dibina pakar-pakar dari China akan menjadi tarikan utama pameran ini.

Pelbagai gerai yang menjual makanan tradisiona­l masyarakat tempatan dan gerai perniagaan untuk disewa kepada peniaga turut disediakan di pameran ini.

Pihak penganjur juga telah menyediaka­n pelbagai aktiviti dan program pentas bagi memeriahka­n lagi pameran ini.

Bagi mereka yang berminat menyewa gerai-gerai dalam pameran ini atau sebarang pertanyaan, boleh menghubung­i Kapitan Ling 084-317831/326959, So 016-8553774 atau Wang 0168781933.

 ??  ?? HASIL PAKAR: Hiasan lampu yang cukup menarik sesuai untuk berswafoto.
HASIL PAKAR: Hiasan lampu yang cukup menarik sesuai untuk berswafoto.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia