Utusan Borneo (Sarawak)

NENEK DISERANG KERANA TOLAK LAMARAN KAHWIN

-

SIBU: Seorang wanita warga emas berusia lingkungan 80an mendakwa dirinya diserang seorang lelaki berusia 40 tahun selepas menolak hasrat lelaki terbabit mengahwini­nya.

Mangsa berkata, semasa dia pergi ke sebuah kedai runcit di Lorong Lai Chee di sini kelmarin, suspek muncul di hadapannya.

Dia mendakwa suspek berhasrat mahu berkahwin dengannya tetapi dia menolak kerana sudah berkahwin dan mempunyai tujuh anak.

Suspek marah selepas hasratnya ditolak dan menyerangn­ya menggunaka­n objek tajam dan dia mengalami kecederaan di kepala.

Mangsa membuat laporan polis di sini, semalam. Kes kini dalam siasatan. SIBU: Laman sosial bukan tempat meminjam wang sebaliknya seorang jurugambar lelaki nekad meneruskan hasratnya sehingga tertipu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa, 43, kerugian RM6,640 akibat berurusan dengan seorang wanita memperkena­lkan dirinya sebagai Yvone melalui aplikasi WhatsApp sejak 27 Januari lalu.

“Mangsa diberitahu sekiranya ingin meminjam RM50,000 dengan kadar faedah 6.8 peratus, dia perlu memasukkan wang untuk memenuhi beberapa syarat pinjaman dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Katanya, mangsa bersetuju membuat pinjaman itu dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM1,600 selama tiga tahun.

Untuk itu, mangsa memasukkan wang ke dalam akaun digunakan suspek sejumlah RM6,640 melalui empat transaksi iaitu RM890 pada 29 Januari dan baki RM5,750 menerusi tiga transaksi pada 31 Januari lalu.

Mangsa hanya menyedari dirinya tertipu apabila gagal menghubung­i wanita terbabit.

Stanley berkata, suspek memperdaya mangsa memasukkan wang bagi urusan mendapatka­n pinjaman yang tidak wujud.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. — Bernama

LELAKI DITIPU WANITA PEMBERI PINJAMAN WANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia