Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah banglo musnah dalam kebakaran

-

Sebuah rumah di Jalan Sherip Masahor, Taman Merlin di sini musnah dalam satu insiden kebakaran yang berlaku pagi semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.06 pagi semalam berhubung kejadian tersebut.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, terdapat sebuah rumah banglo dua tingkat berstuktur konkrit yang tidak berpenghun­i terbakar.

“Selain itu, kebakaran berlaku di merata bahagian rumah dan bukan di satu bahagian rumah sahaja,” katanya.

Tambahnya, pihak bomba melakukan operasi pemadaman dan kebakaran itu mengakibat­kan 50 peratus daripada bahagian rumah musnah.

Operasi tamat sepenuhnya jam 9.58 pagi.

 ??  ?? TERBAKAR: Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah banglo di Taman Merlin semalam.
TERBAKAR: Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah banglo di Taman Merlin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia