Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki didapati positif dadah jenis syabu

-

Seramai empat lelaki ditahan dalam operasi bersepadu sekatan jalan di Jalan Tun Hussien Onn, Batu Kawa di sini malam kelmarin.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, keempatemp­at lelaki berusia lingkungan 20- an itu ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu hasil pemeriksaa­n awal saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka.

“Kami telah melaksanak­an operasi bersepadu sekatan jalan raya di Jalan Tun Hussien Onn, Batu Kawa malam semalam ( 2 Februari).

“Dalam operasi bersepadu ini, kami berjaya menahan empat lelaki kesemuanya berusia 20- an kerana didapati positif syabu selepas saringan air kencing dilakukan ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi untuk mengesahka­n kes itu semalam.

Sehubungan itu, Wan Madihi berkata, kesemua mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3( 1) Akta Penagih Dadah, sementara menunggu keputusan Makmal Patologi Hospital Umum Sarawak untuk keputusan muktamad sama ada dikenakan tahanan di PUSPEN atau menjalani pengawasan selama dua tahun.

 ??  ?? PERANGI DADAH: Operasi Bersepadu dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak.
PERANGI DADAH: Operasi Bersepadu dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia