Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK merupakan strategi masyarakat berdikari, proaktif dan membangun

-

Penubuhan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di setiap kampung dan rumah panjang merupakan satu strategi untuk masyarakat berdikari dan proaktif.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, JKKK adalah sebuah badan pentadbir yang memainkan peranan penting sebagai jentera pentadbir paling asas.

Katanya, amat mustahak pemimpin JKKK diberi latihan kemahiran dalam segala aspek meliputi penubuhan, pentadbira­n, pengurusan dan pembanguna­n bagi membentuk JKKK berwawasan, berdikari dan produktif.

“Kepimpinan dan pengurusan organisasi cekap merupakan faktor utama meningkatk­an pembanguna­n di kampung secara lebih progresif dan tersusun.

“Ini kerana pemimpin masyarakat dan institusi JKKK merupakan ‘focal point’ ber- hubung dan berbincang dengan kerajaan kerana projek dan bantuan disediakan disalurkan, diterima dan diuruskan oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penyampaia­n geran kerajaan kepada JKKK Rumah Igai, Nyakai Jalan Paip Undop di Pusat Khidmat Masyarakat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di sini semalam.

Pada majlis itu, Harden menyampaik­an geran berjumlah RM3,000 kepada JKKK terbabit bagi membiayai aktiviti tahunan.

Katanya, pembanguna­n pesat dicapai sekarang adalah hasil komitmen dan usaha gigih kerajaan dan pemimpin- pemimpin berwibawa dipilih oleh rakyat sendiri.

“Oleh itu, penglibata­n dan penyertaan menyeluruh daripada rakyat menjadi sasaran pembanguna­n terus diberi keutamaan dan perhatian,” katanya.

Hadir sama Pemanca Lee Siang Hua dan Penghulu Tiong Chong Onn.

 ??  ?? GERAN: Harden (tengah) menyampaik­an geran kepada Igai (dua kiri) sambil disaksikan Lee (kiri), Tiong (kanan) pada majlis itu semalam.
GERAN: Harden (tengah) menyampaik­an geran kepada Igai (dua kiri) sambil disaksikan Lee (kiri), Tiong (kanan) pada majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia