Utusan Borneo (Sarawak)

GPS perlu diberi sokongan bangunkan Sarawak

Rakyat perlu sedar siapa fahami keperluan mereka, berjuang dapatkan hak mereka

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu diberi sokongan memimpin sekali gus memberi peluang kepada kepimpinan berjuang mendapatka­n hak serta membangunk­an Sarawak.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, rakyat Sarawak perlu sedar siapa yang benar-benar memahami keperluan mereka dan berjuang penuh ikhlas mendapatka­n hak mereka.

“Kami berada dalam Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun dan dalam gabungan ini Umno adalah parti dominan dan adalah gabungan demokratik. Parti dominan sentiasa berada di hadapan dari segi membuat keputusan.

“BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi kami di Sarawak masih kuat dan membincang­kan keperluan menjaga serta melindungi diri, hak- hak dengan kebebasan,” katanya ketika merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Rumah Dayong Sabot Sungai Ipoh Labang, Kilometer 60, Jalan Bintulu-Miri petang kelmarin.

Beliau memberitah­u, butiran mengenai idea-idea transforma­si dilaksanak­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg terutama berkaitan lima peratus cukai jualan ke atas produk petroleum.

“Ia adalah hak bukan boleh dirunding dan pada 2030 kerajaan GPS dijangka menjana pendapatan berbilion sekali gus diguna sepenuhnya untuk projek pembanguna­n terutama di kawasan luar bandar

Kami berada dalam Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun dan dalam gabungan ini Umno adalah parti dominan dan adalah gabungan demokratik. Parti dominan sentiasa berada di hadapan dari segi

” membuat keputusan.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

dan pesisir,” jelasnya.

Katanya, adalah sangat penting bagi Kerajaan Sarawak di bawah GPS diberi mandat kuat oleh rakyat kerana hak-hak negeri akan dipertahan­kan.

Beliau menjelaska­n, sudah tiba masanya Sarawak dilayan secara adil sebagai rakan kongsi di Malaysia dan bukan sebagai negeri biasa seperti negeri-negeri lain.

Dalam perkembang­an lain, Dr Rundi menggesa pemimpin tempatan dan akar umbi melengkapk­an diri dengan pengetahua­n untuk mencapai kejayaan, mempunyai visi dan misi kepimpinan berkualiti.

“Kepimpinan berkualiti tinggi peringkat akar umbi penting untuk memastikan dapat berjalan lancar dan mereka tidak perlu takut menyuaraka­n hak meningkatk­an kualiti hidup,” katanya.

Dr Rundi dan rombongan turut melawat Kampung Yoh Sebumbun Jaya Labang, Rumah Empaling Tuan Sungai Labang dan Rumah Radin semasa lawatan kerja sehari ke kawasan Sebauh kelmarin.

Pada lawatan itu, Dr Rundi mengumumka­n geran berjumlah RM385,000 di bawah projek kecil luar bandar (MRP) dan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Peruntukan untuk Rumah Dayong, geran MRP RM10,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), RM5,000 untuk Biro Wanita, RM40,000 untuk pembaikan rumah dan RM15,000 untuk sambungan rumah.

Manakala ddi Kampung Yoh, Harden memperuntu­kkan RM45,000 terdiri daripada RM25,000 untuk JKKK RM10,000 (Biro Wanita) dan RM10,000 keperluan surau kampung tersebut.

Rumah Empaling diber peruntukan RM100,000 d bawah RTP untuk pembaikan rumah, RM30,000 untuk JKKK dan RM5,000 (Biro Wanita) dan jumlah peruntukan sama untuk Rumah Radin.

Turut hadir empat Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Victor Temenggung Angang Jenny Bangga, Petrus Igat Mathias dan Romeo Christophe­r Tegong serta Pegawai Daerah Sebauh William Manggai, Penghulu Morshid Tali, Penghulu Lee Lei Seng Pemanca Limin Anai dan ketua-ketua jabatan.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Rundi (kanan) mengucapka­n tahniah kepada Tuai Rumah Empaling semasa melancarka­n upacara ‘ngentak tiang’ pembinaan dan pembaikan rumah.
TAHNIAH: Dr Rundi (kanan) mengucapka­n tahniah kepada Tuai Rumah Empaling semasa melancarka­n upacara ‘ngentak tiang’ pembinaan dan pembaikan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia