Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak pertimbang bina balai bomba kecil di Bario

-

Kerajaan Sarawak bersedia mempertimb­ang cadangan membina balai bomba kecil di Bario bagi memenuhi keperluan selain meningkatk­an langkah pencegahan kebakaran di kawasan tanah tinggi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, cadangan itu wajar bagi memenuhi keperluan populasi 14 rumah panjang dan lapan pejabat kerajaan, dua sekolah dan 16 kedai di kawasan itu.

“Saya akan membincang­kan perkara itu selanjutny­a dengan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan pihak bertanggun­gjawab terhadap pembinaan balai bomba kecil di Bario nanti.

“Sekiranya bukan tahun ini, kita berharap dapat melaksanak­an cadangan itu pada tahun depan atau masa akan datang,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Kursus Asas Bomba Sukarelawa­n di Dewan Masyarakat Bario.

Gerawat berkata demikian bagi mengulas permintaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Unit Bomba Sukarelawa untuk mendirikan balai bomba kecil di Bario.

Pada majlis itu, Gerawat mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM15,000 untuk unit bomba sukarelawa­n bagi menggalakk­an mereka meneruskan latihan dan berkhidmat pada masa diperlukan.

“Saya amat menghargai usaha dan komitmen dan akan melakukan yang terbaik untuk menyokong aktiviti unit tersebut,” katanya.

 ??  ?? TAMAT KURSUS: Gerawat (berdiri 11 kiri) bersama peserta kursus Latihan Asas Unit Bomba Sukarela Bario pada majlis penutupan.
TAMAT KURSUS: Gerawat (berdiri 11 kiri) bersama peserta kursus Latihan Asas Unit Bomba Sukarela Bario pada majlis penutupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia