Utusan Borneo (Sarawak)

Wujudkan pejabat ketua masyarakat di DUN Jemoreng: Juanda

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya menyaranka­n agar diwujudkan pejabat bagi ketua masyarakat di kawasannya.

Beliau berkata, ia memudahkan masyarakat bertemu dengan mana- mana ketua masyarakat yang dilantik.

“Ia memudahkan masyarakat berjumpa dan menemui ketua masyarakat kawasan masing- masing,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Lantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung di Pajabat Daerah Matu.

Menurutnya, secara tidak langsung turut mendidik masyarakat sekeliling berjumpa ketua masyarakat mengikut jadual serta masa ditetapkan.

Pada masa sama, Juanda berkata semua ketua masyarakat harus bekerja mengikut kesesuaian peredaran zaman.

“Selain mengetahui apa sahaja keadaan atau isu akar umbi dan berkaitan anak-anak buah, mereka harus peka dengan masalah kebejatan sosial di kawasan masing-masing.

“Ini terutamany­a menyentuh isu dadah yang sedang melanda di kawasan pesisir ketika ini,” jelasnya.

Katanya,ketua-ketuamasya­rakat harus memberi maklumat tepat dan berguna serta bekerjasam­a dengan pejabat daerah jika terdapat sesuatu perkara menimbulka­n kesangsian.

“Kerjasama seperti itu dapat membendung perkara negatif daripada menjadi semakin buruk,” katanya.

Sementara itu, Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir turut mengatakan bakal merancang program pemantapan terhadap semua ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Majlis itu menyaksika­n penyerahan sijil kepada 16 lantikan baharu sementara 10 sijil lantikan lanjutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia