Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat mesti bersatu dalam perjuangan mendapatka­n semula hak-hak Sarawak

-

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata rakyat negeri ini mesti bersatu tanpa mengira perbezaan politik dalam perjuangan mendapatka­n semula hak-hak Sarawak mengikut Perlembaga­an Perkutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Di tengah-tengah usaha kita untuk memperkuku­hkan lagi ekonomi Sarawak dan menaik taraf infrastruk­tur di negeri ini, kita tidak boleh hilang perjuangan mendapatka­n kembali hak-hak kita yang hilang mengikut Perlembaga­an Persekutua­n dan MA63.

“Ini adalah kehendak semua rakyat Sarawak yang mesti dihormati kerana rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat ‘tidak sihat’ untuk kesejahter­aan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2019 semalam.

Abang Johari berkata semangat ‘Utamakan Sarawak’ tidak boleh luntur hanya kerana perbezaan politik yang menyebabka­n Sarawak dilayan seperti anak tiri.

“Ia bukan jalan yang mudah untuk kita, sebab itulah rakyat Sarawak mesti bertindak dan bersuara dengan satu suara,” ujarnya.

Beliau berkata Sarawak tidak hanya kaya dengan alam semula jadi tetapi kepelbagai­an budaya, cara hidup dan kepercayan rakyat.

Rakyat Sarawak katanya, bebas mengamalka­n budaya dan kepercayaa­n serta cuba mengetepik­an elemen dan ideologi yang bertentang­an dengan semangat persaudara­an dan perpaduan antara satu sama lain.

Rakyat Sarawak tambahnya, meraikan kepelbagai­an ini dan mencari persamaan dalam perbezaan antara satu sama lain.

“Kita bangga Sarawak adalah tempat rakyat boleh memahami dan menghormat antara satu sama lain dan boleh hidup dalam masyarakat yang mementingk­an perpaduan.

“Tahun Baharu Cina adalah masa yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan kita yang berbangsa Cina. Dalam tradis Cina inilah masa untuk menghormat­i dewa-dewa dan nenek moyang dan masa menyatukan keluarga, meraikan tuah dan naib baik untuk tahun mendatang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia