Utusan Borneo (Sarawak)

Biro Wanita berperanan penting di rumah panjang, kata Uggah

-

Biro Wanita adalah organisasi yang berupaya memainkan peranan di rumah panjang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, pertama sekali, mereka menyumbang secara positif dalam keseluruha­n kesejahter­aan dan kebajikan penduduk rumah panjang.

“Mereka akan berada di sana pada bila- bila masa, melakukan segala yang mereka mampu untuk menjadikan beban lebih ringan bagi mereka yang berduka atau menambah kegembiraa­n kepada mereka yang mempunyai sebab untuk meraikanny­a.

“Juga dalam menyokong usaha kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar dengan komitmen yang tinggi terhadap usaha tersebut.

“Wanita juga pemelihara yang kuat dalam perpaduan antara rumah panjang, kerjasama, hubungan dan keharmonia­n,” katanya ketika melancarka­n Biro Wanita Rumah Linggie Keling di Sungai Langit dekat sini semalam.

Di samping itu, beliau berkata mereka akan membantu dalam setiap aktiviti lain untuk menyampaik­an atau mempelajar­i kemahiran baharu.

Dengan cara itu, mereka boleh memperoleh idea-idea baharu untuk menjana lebih banyak pendapatan untuk diri dan rumah panjang masingmasi­ng, tambahnya.

Pada masa yang sama, Uggah berkata golongan wanita juga boleh membuktika­n diri mereka sebagai penyokong yang sangat setia kepada kerajaan.

Bukit Saban mempunya kira-kira 94 biro tersebut.

Pada majlis itu Uggah yang diiringi isterinya Datin Amar Doreen Mayang, turut mengumumka­n pemberian RM5,500 kepada Biro Wanita Rumah Linggie.

Beliau mengumumka­n satu lagi geran sebanyak RM200,000 untuk membina tembok bag menyelamat­kan rumah panjang 37 pintu itu dari kemungkina­n hakisan bukit di belakangny­a.

 ??  ?? RASMI:Uggah memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis.
RASMI:Uggah memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia