Utusan Borneo (Sarawak)

PSB Bahagian Engkilili ratapi pemergian Kapitan Amin

Dr Rayong menyifatka­n pemergian mendiang satu kerugian kepada beliau dan seluruh jentera PSB

- Oleh Frankie Junau

ENGKILILI: Parti Sarawak Bersatu ( PSB) Bahagian Engkilili hilang sebutir permata berharga susulan pemergian tidak diduga Kapitan Lim Siat Min tengah hari Jumaat lalu.

Menyifatka­n ia satu kehilangan besar dan sukar dicari ganti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa tanpa berselindu­ng memberitah­u, ia satu kerugian kepada beliau dan seluruh jentera PSB selepas pemergian mendiang yang lebih mesra disapa Kapitan Amin.

“Saya sungguh sedih dengan kehilangan ini...apatah lagi kesedihan saya belum sembuh sepenuhnya susulan pemergian abang saya, George Albert Ungang menjelang sambutan Tahun Baharu 2019.

“Kali ini saya dan PSB Engkilili teruji lagi dengan ‘kepulangan’ (kapitan) Amin

Saya sungguh sedih dengan kehilangan ini...apatah lagi kesedihan saya belum sembuh sepenuhnya susulan pemergian abang saya, George Albert Ungang menjelang sambutan Tahun

2019. ”

Baharu

Dr Johnical Rayong Ngipa

ADUN Engkilili

ketika kita dan keluargany­a beria-ia menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina yang disambut kira-kira 24 jam lagi,” ujarnya penuh sayu.

Beliau yang turut memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang semalam turut menasihati keluarga mendiang Kapitan Amin, 54, reda dan bersabar dengan musibah yang menimpa.

“Tiada apa yang perlu ditangisi dan biarlah saudara kita Amin tenang di dunia se- belah sana...marilah kita berdoa semoga rohnya bersama orang-orang yang mulia dan dirahmati Tuhan,” katanya.

Katanya, biarpun mendiang Amin sudah tiada namun perjuangan, rasa komited dan kesetiaann­ya terhadap parti yang dahulu dikenali Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan diteruskan oleh rakan-rakan beliau yang lain dan tidak akan padam buat selamanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Engkilili, Tuai Rumah Johnson Damu serta rakan rapat mendiang Melo Agan yang merupakan kakitangan Majlis Daerah Lubok Antu turut senada dengan menyifatka­n pemergian Kapitan Amin satu kehilangan buat mereka.

“Sebut sahaja apa program Yang Berhormat (Dr Rayong) di Engkilili pasti kelibat mendiang akan ada...dan tidak kekok bergaul dengan masyarakat Iban dan Melayu.

“Malah kami sangat selesa berurusan dengan mendiang jika sekiranya beliau mempengeru­sikan sesuatu majlis yang akan dihadiri YB Dr Rayong,” kata Melo.

“Kapitan Amin boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu program dan akan bekerja keras bersama ahli jawatankua­sa dilantikny­a asalkan program yang diketuainy­a berjalan lancar,” tambah Johnson.

Dalam pada itu, Kapitan Amin yang merupakan pengerusi Persatuan Billard/ Snuker Daerah Engkilili selain menjawat pelbagai jawatan dalam persatuan Hakka dan Cina Engkilili, menghembus­kan nafas terakhir di Klinik Engkilili selepas pengsan.

Mendiang meninggalk­an seorang isteri dan dua anak perempuan telah dikebumika­n penuh tradisi di Tanah Perkuburan Cina Mengeris Engkilili.

Turut memberi penghormat­an terakhir ialah rakanrakan rapat beliau antaranya para kaunselor, ketua-ketua jabatan kerajaan di Lubok Antu dan Engkilili, kapitan tuai rumah dan kenalan mendiang.

 ??  ?? TERCAPAI: Robin ( duduk, berkerusi roda) bergambar bersama Nancy (belakang) dan Pemuda PSB pada penyerahan ringkas di Engkilili semalam.
TERCAPAI: Robin ( duduk, berkerusi roda) bergambar bersama Nancy (belakang) dan Pemuda PSB pada penyerahan ringkas di Engkilili semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia