Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Cina di Tasik Biru tidak diabaikan

Henry telah membantu dari segi menaik taraf dan membina baharu kira-kira 50 rumah masyarakat Cina

- Oleh Nick Fletcher

BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Jinep tidak pernah mengabaika­n masyarakat Cina yang memerlukan di konstituen­sinya.

Sejak menjadi wakil rakyat dua tahun lalu, beliau telah membantu dari segi menaik taraf serta membina baharu kira- kira 50 rumah untuk masyarakat berkenaan.

“Saya telah berjalan ke setiap kawasan masyarakat Cina bersama kapitan dan pemanca untuk melawat rumah-rumah penduduk yang usang dan kemudian membaik pulih serta membina baharu rumah tersebut.

“Bantuan ini bukan sahaja diberikan kepada masyarakat yang miskin tetapi juga mangsa kebarakan yang melibatkan dua rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian keika ditemu bual semasa menjalanka­n program pengagihan buah limau mandarin sempena perayaan Tahun

Saya telah berjalan ke setiap kawasan masyarakat Cina bersama kapitan dan pemanca untuk melawat rumah-rumah penduduk yang usang dan kemudian

“membaik pulih serta membina baharu rumah tersebut.

Datuk Henry Jinep ADUN Tasik Biru

Baharu Cina di pekan Bau di sini, semalam.

Turut hadir Pemanca Cina Daerah Bau Bong Jong Long.

Menurut Henry, usahanya itu dapat membantu memberi kediaman lebih baik kepada golongan memerlukan, juga mendapat pengiktira­fan daripada kerajaan negeri, yang kemudian tampil dengan peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tujuan tersebut.

Sementara itu, Henry berkata bantuan pertamanya membina baharu sebuah ru- mah milik seorang warga emas berbangsa Cina juga menjadi lipatan sejarah dalam khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Menceritak­an lanjut, beliau berkata kisah tersebut amat menyedihka­nnya namun beliau bersyukur kerana dapat membantu pemiliknya, Chin Ah Tan, 85.

“Rumah pertama masyarakat Cina yang kami bina ialah milik Chin Ah Tan di Kampung Tanjung Batu, Krian dekat pasar Bau tetapi malangnya seminggu sebelum kami menyerahka­n rumah itu, dia meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Henry (dua kiri) mengagihka­n limau mandarin kepada orang ramai di sebuah kedai kopi di pekan Bau, semalam.
TURUN PADANG: Henry (dua kiri) mengagihka­n limau mandarin kepada orang ramai di sebuah kedai kopi di pekan Bau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia