Utusan Borneo (Sarawak)

Keharmonia­n terserlah semasa perayaan bukti Malaysia negara majmuk istimewa

-

Keharmonia­n terserlah semasa perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) di negara ini mencermink­an Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang istimewa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata pemimpin dan rakyat harus berganding bahu mengekalka­n nilai toleransi, perpaduan dan kerjasama bagi meneruskan keharmonia­n tercipta sejak dahulu.

Menurutnya, semua pihak perlu bersama kerajaan mengatasi masalah dan cabaran dihadapi dalam menghadapi fitnah serta suasana politik dan ekonomi tidak menentu sejak kebelakang­an ini.

“Sarawak sentiasa memperkuat persahabat­an dan persaudara­an kerana mengetahui keharmonia­n menjadi tunjang kepada pembanguna­n serta kemajuan,” katanya dalam mesej sempena sambutan TBC di sini semalam.

Setiausaha agung SUPP merangkap pengerusi SUPP Piasau itu berkata, rakyat juga perlu berbangga dilahirkan di tanah Sarawak.

Mengenai Miri, beliau berkata bandar raya Miri sebuah bandar raya sedang mem- bangun, moden dan memiliki banyak kemudahan serta mempunyai penduduk pelbagai etnik.

“Semua rakyak di Miri memainkan peranan penting memastikan Miri sebagai bandar raya peranginan yang cantik dan selamat dikunjungi selain menghidupk­annya dengan pelbagai acara,” tambahnya.

Bagi pihak penguat kuasa, Sebastian berharap mereka perlu memperting­katkan tahap keselamata­n di bandar raya ini daripada pelbagai aspek dan menjadikan Miri lebih meriah, bertenaga dan menarik.

“Justeru saya meminta rakyat khususnya pemimpin peringkat kerajaan dapat berkerjasa­ma dan berganding bahu memastikan Sarawak dan negara kita terus makmur tanpa pertelingk­ahan antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, beliau ber- sama beberapa pemimpin SUPP termasuk Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii mengagihka­n limau mandarin kepada peniaga Cina di Pasar Krokop 10 di sini.

Katanya, usaha itu bagi menghargai pengundi, penduduk khususnya masyarakat Cina yang bakal menyambut perayaan TBC esok.

 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU: Sebastian (empat kiri), Lee (enam kiri) dan Adam (empat kanan) bersama ahli SUPP dan peniaga ketika mengagihka­n limau mandarin di Pasar Krokop 10 di Miri semalam.
SELAMAT TAHUN BAHARU: Sebastian (empat kiri), Lee (enam kiri) dan Adam (empat kanan) bersama ahli SUPP dan peniaga ketika mengagihka­n limau mandarin di Pasar Krokop 10 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia