Tahun Babi simbol kekayaan, kata Lee
Tahun Babi merupakan simbol ke12 dalam kalendar Lunar Cina dan tahun 2019 adalah Tahun Babi yang menurut budaya Cina, babi adalah simbol kekayaan.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan pakar- pakar feng shui meramalkan 2019 adalah tahun mencabar tetapi merupakan tahun bernasib baik dan membawa keuntungan serta kekayaan.
“Muka megah mereka ( babi) dan telinga besar adalah tanda- tanda kekayaan. Oleh itu, 2019 menjadi tahun penuh kegembiraan, persahabatan dan cinta malah menguntungkan bagi semua orang,” katanya dalam mesej sempena Tahun Baharu Cina ( TBC) di sini semalam.
Lee memberitahu, TBC adalah salah satu acara perayaan budaya utama di Sarawak bukan sahaja disambut oleh masyarakat Cina tetapi semua kaum menyambutnya bersama.
K a t a n y a , s a l a h satu amalan sempena perayaan TBC di negeri dan negara ini ialah rumah terbuka di mana semua komuniti menyertai dan meraikan perayaan bersama, berkongsi kegembiraan dan kemakmuran.
“Rumah terbuka tidak hanya untuk sambutan TBC tetapi turut diamalkan pada perayaan lain seperti Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas dan Hari Deepavali.
“Ia bertindak sebagai landasan sangat baik bagi kita semua meningkatkan hubungan, memupuk kehendak dan perpaduan yang baik,” katanya sambil berharap agar amalan rumah terbuka itu terus dipertingkatkan dan generasi muda negeri ini meneruskan amalan tradisional ini.
“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan inisiatif baharu menyediakan subsidi RM300 kepada pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan membantu mereka dengan pembelian tiket penerbangan pulang ke negeri ini pada musim perayaan.
“Saya harap semua pelajar Sarawak mengambil kesempatan ini pulang ke rumah semasa TBC ini bagi menjalinkan persaudaraan, meraikan kasih sayang bersama ibu bapa, ahli keluarga, saudara- mara dan rakanrakan,” ujarnya.
Lee berkata, rakyat negeri ini harus menghargai perdamaian, perpaduan, keharmonian dan kestabilan dikecapi sepanjang bertahun lalu membolehkan mereka menikmati pelbagai perayaan dengan kegembiraan bersama.
“Kita mesti sentiasa menjaga Sarawak daripada sebarang pengaruh negatif atau ekstrem pihak luar.
“Malah, kita bernasib baik kerana mempunyai Ketua Menteri berpengalaman, penyayang dan berwawasan dan yakin beliau dapat memimpin Sarawak menuju masa depan lebih cerah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Sarawak terus bersatu padu bersama memberi sokongan kepada Ketua Menteri membolehkannya terus berjuang untuk hak dan keistimewaan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) dan mana- mana dokumen lain seperti Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan.
“Apa yang diharapkan semoga TBC ini membawa kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua di samping terus mengekalkan perdamaian, perpaduan, keharmonian dan kestabilan agar Sarawak terus maju dan membangun,” jelasnya.
Terdahulu, Lee yang juga naib presiden SUPP mengagihkan l i mau mandarin kepada peniaga dan masyarakat Cina di Pasar Besar Krokop, Lorong 10 dan Lorong 5 di sini serta beberapa kawasan lain sekitar bandar raya ini.
Turut serta Setiausaha Agung SUPP merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan Ketua Penerangan SUPP yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii.