Utusan Borneo (Sarawak)

50 warga emas dan golongan kurang berkemampu­an terima sumbangan TBC

-

Seramai 50 warga emas dan golongan kurang berkemampu­an menerima sumbangan angpau, hamper dan limau mandarin dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Siburan di sini, pada 2 Februari lalu.

Majlis penyerahan sumbangan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina ( TBC) itu merupakan anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Cawan- gan Kecil Siburan yang dipengerus­ikan Thien Nyien Choi.

Sumbangan itu disampaika­n Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian yang juga merupakan presiden SUPP.

Objektif penganjura­n majlis itu adalah untuk menceriaka­n serta meringanka­n beban golongan sasaran pada musim perayaan TBC.

Ia juga bertujuan mera- patkan hubungan antara segenap lapisan masyarakat dengan pemimpin- pemimpin negeri ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti selaku Bendahari SUPP Datuk Francis Harden Hollis, ahliahli jawatankua­sa SUPP yang lain, ketua- ketua masyarakat dan ketua- ketua kaum di kawasan terbabit serta para ahli jawatankua­sa pengelola majlis.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Sim menyampaik­an sumbangan kepada penerima di Dewan Masyarakat Siburan, kelmarin. Turut kelihatan Harden serta ahli jawatankua­sa SUPP yang lain.
TERIMALAH: Dr Sim menyampaik­an sumbangan kepada penerima di Dewan Masyarakat Siburan, kelmarin. Turut kelihatan Harden serta ahli jawatankua­sa SUPP yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia