Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai pihak digalak bantu tarik pelancong ke Miri

-

Pelbagai pihak di sini khususnya peniaga digalakkan lebih berinisiat­if dalam membantu menarik pelancong dari luar datang ke bandar raya ini khasnya pada musim Tahun Baharu Cina (TBC) ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata kemeriahan aktiviti diadakan sempena musim perayaan TBC menjadi tarikan pelancong ke Miri.

“Jangan pandang rendah terhadap aktiviti sambutan TBC kerana ia bukan sahaja menarik pelancong malah membantu peningkata­n ekonomi setempat,” katanya pada Majlis Perasmian Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) di sini malam kelmarin.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Lambir Ripin Lamat, Pengerusi MCCCI Lee Khoi Yun serta tetamu lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, acara tahunan Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 turut dimasu- kkan ke dalam kalendar acara pelanconga­n Sarawak.

“Disebabkan tarikh TBC ditetapkan setiap tahun dan diketahui awal, saya gesa penganjur atau mana-mana agensi pelanconga­n mula merancang awal dan mempromosi­kannya secara meluas bagi menarik ramai pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, Lee turut menggalakk­an MCCCI memanfaatk­an rangkaian dan kerjasama yang terjalin dengan China bagi menarik pelancong negara itu ke bandar raya ini terutama pada musim TBC.

Jelasnya, segelintir daripada penduduk China kebiasaann­ya meraikan sambutan TBC den- gan bercuti ke tempat lain.

“Ini adalah peluang kita untuk membawa mereka ke sini khasnya pada sambutan TBC. Oleh itu, MCCCI melalui rangkaian dan kerjasama perlu mempromosi­kan acara ini bagi membolehka­n mereka datang dan meraikan sambutan di sini,” ujarnya.

Lee menambah, pelancong China tertarik dengan tempattemp­at yang membolehka­n mereka menikmati suasana tradisi meraikan TBC.

“Di Sarawak dan Miri ini kita masih mengekalka­n tradisi sambutan TBC yang meriah dengan tarian singa, naga serta pelbagai acara lain,” katanya.

Sementara itu, Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 yang dianjurkan kali ke-17 merupakan medan perniagaan terbuka terbesar d utara negeri ini.

Aktiviti memeriahka­n sambutan TBC itu dianjurkan MCCCI dengan kerjasama MBM Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Sarawak Energy Berhad, Persatuan Bulan Sabit Merah, Miri Parking System Sdn Bhd dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Sebanyak 300 gerai termasuk gerai halal disediakan kepada pengunjung dengan diserikan pelbagai persembaha­n pentas mula dibuka pada 29 Januari lalu hingga hari ini (4 Februari).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia