Utusan Borneo (Sarawak)

Lions Club Sarikei agih angpau dan limau

-

Lions Club Sarikei telah mengagihka­n 215 angpau dan buah limau kepada para pesakit di Hospital Sarikei, semalam.

Presiden Lions Club Sarikei Charles Kua Soon Lee berkata, program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti pihak persatuan dalam memeriahka­n lagi sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal disambut masyarakat Cina tidak lama sahaja lagi.

“Program ini juga merupakan salah satu aktiviti tanggungja­wab sosial Lions Club Sarikei kepada masyarakat.

“Kami juga mahu golongan yang kurang sihat sedar bahawa kami sentiasa berusaha dan mendoakan mereka cepat sembuh.

“Aktiviti ini juga adalah usaha kami memberi peluang kepada golongan sasar untuk turut sama menikmati suasana perayaan yang bakal tiba,” katanya.

Seramai 10 ahli Lions Club Sarikei menjayakan program itu dan turut hadir ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia