Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PBSM Stampin ceriakan pesakit kanak-kanak

-

Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Stampin daripada Chung Hua Middle School No.1 dan SJK Chung Hua No.5 membawa keriangan dan kebahagiaa­n ke Wad KanakKanak Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pengerusi (O/C Link) Derma Darah dan Organ PBSM Cabang Stampin Wendy Tan berkata, ia diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Penganjura­n aktiviti adalah untuk menunjukka­n rasa sayang dan peduli terhadap pesakit kanak-kanak,” katanya.

Pihaknya memberi angpau selain hadiah, alat mainan dan buah limau mandarin kepada para pesakit.

 ??  ?? CERIAKAN: Gambar kenangan ahli PBSM, guru dan jururawat di Wad Kanak-Kanak HUS.
CERIAKAN: Gambar kenangan ahli PBSM, guru dan jururawat di Wad Kanak-Kanak HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia