Utusan Borneo (Sarawak)

Hina Agong: Peniaga mohon ampun daripada Sultan Abdullah

Dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan selama dua hari

-

KUANTAN: Seorang peniaga yang sebelum ini ditahan setelah didakwa meninggalk­an komen menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook (FB) dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad, berkata lelaki berusia 46 tahun dari Kuantan itu dibebaskan jam 10 pagi kelmarin selepas ditahan selama dua hari sejak jam 8 malam Jumaat lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan IPD Temerloh.

“Selain itu, dua lelaki berumur 32 dan 36 tahun yang dipercayai terlibat melakukan ugutan jenayah ke atas peniaga berkenaan juga dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan di IPD Kuantan semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanap­un, menurut Mohd Zakaria, siasatan terhadap dua lelaki berkenaan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kedua-dua lelaki itu ditahan Jumaat lepas selepas dilaporkan telah pergi ke premis perniagaan ahli perniagaan berkenaan di hadapan Kuantan Parade kerana tidak berpuas hati dengan tindakanny­a yang meninggalk­an komen berunsur penghinaan pada gambar Sultan Abdullah di laman sosial Facebook (FB).

Lelaki itu dilaporkan meninggalk­an komen menghina itu ke atas gambar yang memaparkan Sultan Abdullah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ia tular di FB.

Selain itu, dua lelaki berumur 32 dan 36 tahun yang dipercayai terlibat melakukan ugutan jenayah ke atas peniaga berkenaan juga dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan di IPD Kuantan semalam kelmarin). ”

(

Datuk Mohd Zakaria Ahmad

Ketua Polis Pahang

Sementara itu, dalam satu sidang media, peniaga yang didakwa menghina Sultan Abdullah, Cheah Kim Hung, 46, memohon maaf kepada semua dan kesal dengan tindakanny­a memuat naik komen berkenaan.

Dia mendakwa komennya itu hanya bertujuan membalas status seorang pelayar FB lain yang merujuk kepada raut wajah Perdana Menteri semasa gambar itu dirakamkan dalam istiadat yang diadakan di Dataran Parlimen.

Lelaki yang menggunaka­n nama FB, Michael Cheah sehubungan itu memohon maaf dan keampunan daripada Sultan Abdullah atas kesilapann­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia