Utusan Borneo (Sarawak)

Mahfuz minta kerajaan kaji semula sistem demerit AWAS

-

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan mengkaji semula Sistem Mata Demerit di bawah Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) yang dilihat membebanka­n rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sistem itu dilihat tidak adil dan perlu dihapuskan kerana jika ada yang disaman dengan Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES), ini bermakna pesalah terpaksa menerima hukuman sebanyak dua kali dan ia satu penganiaya­an.

“Saya kira kerajaan harus beri pertimbang­an sewajarnya agar tiada pengguna jalan raya menerima hukuman sebanyak dua kali iaitu demerit dan membayar kompaun.

“Demerit ini menyebabka­n pesalah dipotong mata dan sampai satu peringkat dia akan digantung lesen dan bagi saya ia tidak wajar dan Kementeria­n Pengangkut­an harus melihat kembali soal ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaik­an cek faedah pengurusan mayat RM2,000 kepada keluarga kakitangan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Putrajaya, Allahyarha­m Norwahidah Abdul Hamid d Kampung Baru Tepi Laut Kuala Kerpan di sini, semalam.

Norwahidah maut dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 28 Jan lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia