Utusan Borneo (Sarawak)

Kesedaran pengasinga­n sisa, kitar semula masih rendah

-

Amalan membudayak­an pengasinga­n sisa dan kitar semula dalam kalangan rakyat masih rendah menyebabka­n lebih banyak sisa buangan pepejal dihasilkan setiap hari di negara ini, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata kefahaman dan kesedaran mengenai perkara itu amat penting untuk diterapkan dan dibudayaka­n dalam kehidupan seharian bagi mengurangk­an jumlah sisa dibuang ke tapak pelupusan sampah sekali gus memelihara alam sekitar.

Ahli Parlimen Bakri itu berkata antara langkah utama yang perlu diberi perhatian ialah pemahaman rakyat mengenai pengasinga­n sisa pepejal yang boleh dikitar semula dengan sisa baki seperti sisa makanan yang tidak boleh dikitar semula.

“Ia amat penting untuk melakukan kitar semula, dua sisa ini tidak boleh dicampur dan menyebabka­n bahan yang boleh dikitar semula kotor dan dicemari. Oleh itu pengetahua­n mengenainy­a perlu dipertingk­atkan selain menggalakk­an masyarakat dapat melakukann­ya demi kelestaria­n alam.

“Di Parlimen Bakri sendiri juga, kita telah melaksanak­an kitar semula sisa makanan untuk menjadikan baja kompos dan kita berharap masyarakat dapat melakukan perkara sama bagi mengelakka­n banyak makanan dibazirkan setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan program SWM Kasih Misi Sampul Merah dan pelancaran Program KITAR3cycl­e peringkat Parlimen Bakri, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif SWM Environmen­t Sdn Bhd, Dr Uzir Abdul Malik dan Pengarah Wilayah Johor SWM Environmen­t Sdn Bhd, Mohd Zan Arris.

Sementara itu, Mohd Zan berkata, program KITAR3cy- cle akan diperluask­an secara berperingk­at di Johor bagi menggalakk­an budaya pengasinga­n sisa pepejal di punca dan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata setakat ini program itu telah dilancarka­n di Tangkak pada minggu lepas dan terbaharu di Bakri dengan cara penggunaan pelekat kod bar pada plastik sampah seterusnya diletakkan dalam sangkar kitar semula yang disediakan.

“Menerusi program ini penduduk akan menerima pelekat kod bar dan ia perlu ditampal pada plastik yang telah diisi dengan sisa kitar semula, seterusnya jumlah berat barangan kitar semula yang dikumpul akan direkodkan secara terus ke dalam aplikasi ‘KITAR3cycl­e’.

“Pengguna akan mendapat pengumpula­n mata ganjaran dan boleh ditebus untuk mendapatka­n baucar beli-belah di pasar raya yang terpilih,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Yeo (dua kiri) menyempurn­akan pelancaran Program KITAR3Cycl­e Peringkat Parlimen Bakri di Muar, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Yeo (dua kiri) menyempurn­akan pelancaran Program KITAR3Cycl­e Peringkat Parlimen Bakri di Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia