Utusan Borneo (Sarawak)

‘Geng Botak Sern’ dipercayai aktif kegiatan pecah rumah ditahan polis

-

Polis menumpaska­n ‘Geng Botak Sern’ yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah dengan penahanan lapan lelaki dan tiga wanita anggota kumpulan itu, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kesemua mereka berumur antara 23 dan 28 tahun itu ditahan di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini dan Kulai.

“Penahanan mereka dilakukan menerusi Ops Limau yang dilancarka­n Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Johor Bahru Utara mulai 15 Jan lepas bagi menangani jenayah bersempena Tahun Baru Cina termasuk samun dan pecah rumah.

“Siasatan awal mempercaya­i kesemua mereka yang positif dadah jenis Methamphet­hamine itu terlibat dalam empat kes pecah rumah termasuk di kondominiu­m di sekitar bandar raya ini,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Mohd Taib berkata polis merampas pelbagai barangan dan peralatan pecah rumah dari kediaman anggota kumpulan itu di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai termasuk sejumlah dadah jenis syabu dan eramin 5, sepucuk pistol tiruan serta sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata siasatan mendapati ketua kumpulan terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah pecah rumah manakala lima anggota lain mempunyai pelbagai rekod jenayah.

Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri kenderaan motor, Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dan mengambil dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata selain penahanan Geng Botak Sern itu, Ops Limau mulai 15 Jan sehingga setakat malam tadi, turut menahan 61 individu lain atas pelbaga kesalahan jenayah manakala 13 lagi atas aktiviti perjudian dan maksiat.

“Polis sehubungan itu menyaranka­n orang rama yang berhasrat meningga kediaman dalam tempoh lama sempena musim perayaan in supaya memaklumka­n kepada balai polis atau aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) supaya kediaman mereka dilawati peronda polis.

“Sejak 29 Jan hingga semalam (kelmarin), hanya 33 pemilik rumah di kawasan IPD Johor Bahru Utara didapati berbuat sedemikian ( memaklumka­n balai polis atau aplikasi VSP),” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia