Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga rayu bantu bawa pelajar kemalangan di Australia pulang

-

Niat murni seorang pelajar bekerja sebagai buruh binaan sambilan untuk mencari pendapatan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mengalami kemalangan selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika sedang bekerja di Sydney, Australia pada 17 Jan lepas.

Meor Muhammad Mustaqim Meor Ahmad Hussin, 28, pelajar jurusan pengurusan hospitalit­i di Pacific Training Group (PTG), Sydney kini sedang menerima rawatan di Hospital St George di Kogorah, Sydney.

Menurut abangnya, Meor Ahmad Azizul Hakim, 31, adiknya yang merupakan anak ke sembilan daripada 11 beradik dan berasal dari Kampung Pelindung Maju, Beserah itu difahamkan mengalami kecederaan serius di bahagian pelvis akibat kejadian itu

“Kami sekeluarga dimaklumka­n adik koma selama dua hari dan tahu tentang kemalangan itu dua hari selepas kejadian. Difahamkan dia telahpun menjalani satu pembedahan bagi memasang skru di bahagian tersebut (pelvis).

“Kos yang diperlukan dianggarka­n dalam AUD 10,000 iaitu bersamaan RM32,000. Setakat ini kami berjaya mengumpul RM22,000 dan masih memerlukan baki sebanyak RM10,000,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya keluargany­a kini giat mengumpul dana bagi menyelesai­kan kos perubatan serta kos untuk membawa pulang adiknya ke tanah air segera.

Katanya lagi, dia akan berlepas ke Sydney hari ini bagi melihat keadaan adiknya walaupun kos yang diperlukan bagi membayar rawatan dan membawa adiknya pulang masih belum mencukupi.

“Besar harapan kami untuk membawa adik pulang dalam kadar segera kerana kos rawatan akan semakin meningkat jika terus berada di sana.

“Pengajiann­ya juga terpaksa ditangguhk­an sementara waktu bagi menyelesai­kan urusan rawatan. Jika dapat pulang, adik akan dibawa ke Hospital Melaka untuk mudahkan urusan penjagaann­ya ( oleh kakak),” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubung­inya di talian 0145206882/ 013- 8402191 atau terus menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank 1561692814­13 dan CIMB 0604000519­9201 di bawah nama Meor Ahmad Azizul Hakim Meor Ahmad Hussin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia