Utusan Borneo (Sarawak)

Dua nelayan hilang di perairan Kuala Muda ditemui selamat

-

Dua orang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Kuala Muda dekat Penaga, Kepala Batas sejak dua hari lalu ditemui dalam keadaan selamat petang semalam.

Yashir Abd Hamid, 51 dan Ku Izrul Rizal ditemui di 40 batu nautika dari Jeti Pangkalan Nelayan Kuala Muda, Pulau Pinang oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan turut dibantu oleh nelayan.

Pengarah Maritim Pulau Pinang Hamizan Harun berkata kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan yang baik dan selamat tiba di jeti Pangkalan Nelayan Kuala Muda Pulau Pinang pada jam 4.20 petang.

APMM menerima maklumat mengenai kehilangan kedua-dua nelayan tersebut pada 2 Feb dan telah mengaktifk­an Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) erangkumi keluasan sektor lebih kurang 135 batu nautika.

Setibanya di jeti, mangsa telah menerima rawatan daripada pihak hospital, dan operasi SAR tamat pada jam 4.45 petang tadi (semalam),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di jeti tersebut dekat sini semalam.

Hamizan berkata, bot nelayan yang dinaiki mangsa telah mengalami kerosakan enjin dan akhirnya hanyut.

Katanya, sebanyak tujuh buah aset telah digerakkan dalam operasi SAR itu merangkumi tiga bot daripada APMM dan PPM serta empat buah bot nelayan.

Sementara itu isteri Yashir Mosliza Sharif, 49, yang setia menanti kepulangan suaminya ketika ditemui Bernama melahirkan rasa syukur selepas suaminya ditemui.

Mosliza berkata beliau dan keluarga yang berasal dar Kuala Muda, Kedah telah berhimpun di jeti sejak pag Jumaat bagi menunggu kepulangan suaminya. Bahkan anak ketiganya yang juga merupakan seorang nelayan turu menyertai operasi itu.

Beliau mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam usaha menyelamat­kan suaminya terutama APMM, PPM, dan nelayan yang terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia