Utusan Borneo (Sarawak)

MB Perak sangkal dakwaan bermasalah dengan pemimpin DAP

-

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam menyangkal spekulasi yang disebarkan di media sosial mendakwa menteri besar itu mempunyai masalah dengan pemimpin DAP di negeri ini.

Beliau berkata kepimpinan DAP sering kali menyambut baik kehadirann­ya di setiap program atau majlis rasmi yang dianjurkan oleh parti berkenaan.

Katanya sebagai contoh, beliau bersama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri Paul Yong Choo Kiong bersama-sama kepimpinan DAP menghadiri pelbagai program yang diadakan di daerah Manjung selama dua hari berturut-turut sejak Jumaat lepas.

“Saya rasa ini sekadar khabar angin yang sekali lagi cuba dibangkitk­an pihak tertentu, mereka boleh cakap apa sahaja tetapi yang pentingnya kerajaan Pakatan Harapan dan hubungan saya dengan rakan-rakan lain dalam parti (komponen) cukup baik dan tiada masalah.

“Saya tidak menipu... bukan bercakap dari segi politik ataupun semata-mata hendak menyejukka­n keadaan, inilah keadaan yang sebenar kerana kalau ada masalah saya akan berterus terang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarka­n limau mandarin kepada penduduk setempat sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar pekan Chemor di sini semalam.

Ahmad Faizal diminta mengulas dakwaan seorang pengguna laman sosial barubaru ini yang memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Instagramn­ya yang berbunyi ‘kabo (khabar) angin mengatakan MB Peja kalau program dianjurkan oleh DAP tak boleh pergi atau tidak dijemput kononnya tak nak Cina sokong Peja...betul ker?’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia