Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha dakwah lebih kreatif perlu untuk tingkat penghayata­n terhadap Islam

-

Usaha dakwah dengan pendekatan yang lebih kreatif dan menarik perlu ditingkatk­an dalam meningkatk­an penghayata­n terhadap agama Islam, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Katanya kerajaan negeri khususnya menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan komited melakukan pelbagai langkah serta strategi dalam menjayakan usaha itu.

“Kita perlu tingkatkan usaha dakwah dengan membawa pendekatan yang lebih kreatif dan menarik,” ka- tanya semasa berucap ketika merasmikan Program Negeri Sembilan Islamic Festival 2019 (N91F 2019) di sini, semalam.

Program anjuran Pertubuhan Islam Az-Zein Negeri Sembilan dengan kerjasama Fanatique Events yang berlangsun­g bermula semalam itu bertujuan memberi penerangan, pendidikan dan aktiviti yang menjurus ke arah keagamaan selain mewujudkan kesedaran kepada masyarakat agar menghayati rasa cinta terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia