Utusan Borneo (Sarawak)

Gol sulung Fabregas bantu Monaco meraih tiga mata berharga, Marseille terus hampa

-

PARIS, Perancis: Cesc Fabregas menjaringk­an gol pertama beliau sejak menyertai Monaco dari Chelsea dan ia terbukti gol yang penting kerana membantu kelab baharunya menang 2- 1 ke atas Toulouse dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Fabregas dibeli oleh bekas jurulatih, Thierry Henry pada bulan lepas tetapi Henry bagaimanap­un dipecat beberapa hari kemudian kerana keputusan hambar kelihatan tidak berakhir.

Leonard Jardim kembali dilantik sebagai jurulatih, tiga bulan selepas dipecat oleh kelab dan beliau membimbing kelab memenangi perlawanan pertama Monaco di tempat sendiri musim ini.

Bekas juara liga 2017 itu mendahului awal apabila Gelson Martins, yang dipinjam dari Atletico Madrid, mengumpan bola kepada Aleksandr Golovin dari satu serangan pantas.

Christophe­r Julien bagaimanap­un mengikat kedudukan empat minit kemudian sebelum Martins sekali lagi melakukan umpanan gol yang disempurna­kan Fabregas pada minit ke- 62 untuk gol kemenangan Monaco.

Kemenangan keempat Monaco pada musim hambar ini meletakkan mereka di tangga ketiga liga dengan 18 mata.

“Semua orang tahu tentang sejarah, ia sukar kerana tidak dapat menang di tempat sendiri sebelum hari ini ( Sabtu),” kata Jardim.

“Kerana itu kenapa pemain berasa gembira, ia adalah kerana mereka mempamerka­n aksi terbaik mereka.”

Pada perlawanan lain, Mario Balotelli beraksi dalam kesebelasa­n utama untuk Marseille buat kali pertama sejak tiba dari Nice tetapi kehadiran beliau tetap gagal menghalang pasukannya tewas 1- 2 di Reims untuk kekalahan kesembilan mereka musim ini.

Gol dari Tristan Dingome dan Suk Hyun- Jun – yang menjaringk­an gol beberapa saat selepas dimasukkan sebagai pemain gantian – meletakkan Nice selesa di hadapan.

Marseille merapatkan kedudukan menerusi gol Clinton Njie empat minit sebelum tamat permainan dan ia ternyata terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIKAWAL KETAT: Fabregas (kiri) diasak hebat oleh pemain Toulouse pada perlawanan Ligue 1 Perancisv di Stade Louis II, Monaco pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP DIKAWAL KETAT: Fabregas (kiri) diasak hebat oleh pemain Toulouse pada perlawanan Ligue 1 Perancisv di Stade Louis II, Monaco pada Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? KEBANGKITA­N LUAR BIASA: Gervinho menjaringk­an gol penyamaan pada lewat permainan di Stadium Juventus, Turin Sabtu lepas.
— Gambar AFP KEBANGKITA­N LUAR BIASA: Gervinho menjaringk­an gol penyamaan pada lewat permainan di Stadium Juventus, Turin Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia