Utusan Borneo (Sarawak)

Juve terpaksa akur dengan satu mata

-

MILAN, Itali: Cristiano Ronaldo menjaringk­an dua gol tetapi juara bertahan, Juventus, terpaksa akur dengan satu mata selepas dua gol lewat Gervinho memastikan keputusan 3-3 selepas Parma melancarka­n kebangkita­n luar biasa dalam aksi Serie A Itali Sabtu lepas.

Keciciran dua mata itu membolehka­n Napoli merapatkan jurang ketinggala­n di belakang Juventus kepada sembilan mata selepas menewaskan Sampdoria 3-0 pada perlawanan awal.

Juventus, yang dibimbing Massimilia­no Allegri, sudah tersentak keyakinan mereka apabila tewas 0- 3 kepada Atalanta dalam aksi Piala Itali, sekali gus memusnahka­n impian memenangi kejohanan itu buat kali kelima berturuttu­rut.

Keputusan seri menentang Parma bukan respon yang dimahukan oleh Allegri men- jelang perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid pada 20 Februari depan.

“Saya gembira dengan gol tetapi tidak keputusann­ya,” kata Ronaldo.

“Parma tidak melakukan apa-apa yang istimewa, mereka hanya menunggu kesilapan kami. Tetapi kami tidak risau, kami tahu ia akan merupakan musim yang hebat untuk Juventus.”

Juventus, yang terjejas dengan kecederaan kepada pemain pertahanan­nya, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini dan Andrea Barzagli, sudah bolos enam gol dari dua perlawanan terakhir.

Tetapi mereka masih selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan sembilan mata berbanding Napoli dan 20 mata d hadapan Inter Milan di tangga ketiga.

“Ia tidak mengubah apa-apa tetapi kami harus tidak mengambil mudah,” kata Allegri.

“Kami terlalu selamba d pertahanan. Ia kali pertama empat pemain pertahanan in beraksi bersama.”

Juventus menurunkan barisan pertahanan kurang berpengala­man, Leonardo Spinazzola, bersama- sama Martin Caceres, yang membuat penampilan kesebelasa­n utama sejak berpindah dari Lazio — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia