Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik Molde ‘tidak mahu’ Solskjaer kembali ke Norway

-

Ole Gunnar Solskjaer berkata pemilik kelab asal beliau, Molde, berharap beliau tidak akan kembali ke Norway kerana mereka mahu beliau berjaya menjadi pengurus tetap Manchester United.

Solskjaer ketika ini dipinjamka­n ke United untuk baki musim Liga Perdana Inggeris selepas dilantik sebagai pengurus sementara pada 19 Disember untuk menggantik­an Jose Mourinho yang dipecat oleh kelab.

United mengharung­i satu proses mencari pengurus tetap, walaupun satu pengumuman hanya akan dibuat selepas berakhir musim pada bulan Mei.

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dikatakan antara calon utama sementara bekas bintang tengah Perancis dan bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dan jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, juga difahamkan dalam pertimbang­an.

Solskjaer, yang bermain untuk United di antara 1996 dan 2007, tidak menyimpan rahsia untuk mengekalka­n ‘jawatan’ beliau selepas akhir musim ini.

Beliau berkata beliau mendapat sokongan penuh dari dua pemilik kelab Molde, ahli perniagaan Norway Kjell Inge Rokke dan Bjorn Rune Gjelsten.

“Apabila saya menghubung­i pemilik dan berkata United menghubung­i saya dan juga beliau tahu ia adalah sentiasa impian saya beliau berkata ‘pergi, bergembira dan tolong jangan kembali’.

“Kedua-dua pemilik mengharapk­an yang terbaik kerana mereka tahu ia adalah sesuatu yang saya impikan. Untuk mendapat sokongan daripada mereka adalah sangat hebat. Jika saya kembali ke Molde, saya juga akan melakukan yang terbaik untuk mereka tetapi ia bergantung jika saya kembali.

“Ia sangat hebat setakat ini. Saya berharap saya akan berjumpa dengan keluarga saya nanti kerana ia adalah satu-satu kesukaran dalam tugas ini.”

Keluarga Solskjaer masih kekal di Norway ketika beliau berada di Manchester dan cuba mengubah nasib kelab Old Trafford itu.

Beliau memenangi lapan perlawanan pertamanya, sesuatu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana jurulatih United pada penampilan pertama mereka, sebelum rentak kemenangan itu berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan Burnley minggu lepas.

Walaupun pelantikan sementara, Solskjaer berkata kelab mendapat nasihat beliau tentang pemain yang mereka rancang untuk dibeli pada akhir musim.

United tidak membuat sebarang pembelian pemain pada pasaran perpindaha­n bulan Januari dan membuat keputusan untuk menggunaka­n skuad sedia ada. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia