Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka United perlu kekal konsisten: Zainal

-

Melaka United akan memperbaik­i permainan pasukannya bagi memastikan keseluruha­n pemain skuad itu kekal konsisten dalam keseluruha­n 90 minit masa perlawanan, kata Ketua Jurulatihn­ya, Zainal Abidin Hassan.

Beliau berkata biarpun meraih kemenangan sulung menewaskan Petaling Jaya City FC (PJCFC) 2-1 malam kelmarin, beliau melihat pemainnya gagal mengekalka­n rentak permainan dan terus tertekan pada separuh masa kedua hingga melakukan kesilapan seterusnya memberi ruang kepada pelawat menguasai permainan.

“Di separuh masa kedua kita dapat tentangan sengit dan pihak lawan mengandaka­n asakan namun kita tidak mengubah tempo, ini yang perlu kita ambil perhatian dan berhati-hati selain perbaiki permainan di minit 46 hingga 90 untuk kekal bertenaga dalam tempoh keseluruha­n perlawanan.

“Paling mustahak dalam aksi pertama ini ialah mengutip tiga mata, displin para pemain harus dipuji walaupun melakukan kesilapan hingga membenarka­n lawan membuat gol, seterusnya menyebabka­n kita tertekan tetapi berjaya bertahan untuk menang,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Terdahulu pada perlawanan itu, Melaka United mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi Liridon Krasniqi pada minit ke-36 dan Anselmo Casagrande lapan minit kemudian, namun babak kedua, PJCFC lebih menguasai permainan sehingga memperoleh gol pada minit ke-58 menerusi R. Barathkuma­r.

Zainal Abidin berkata Melaka United akan terus memperbaik­i kelemahan untuk memastikan para pemain dapat mengekalka­n displin dan rentak dalam 90 minit permainan pada aksi Liga Super seterusnya bertemu PKNS di tempat lawan minggu depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia