Utusan Borneo (Sarawak)

JDT julang Piala Sumbangsih kali ke-4

-

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mempertaha­nkan kejuaraan Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.

Pemain import kelahiran Argentina, Gonzalo Cabrera menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-40 sekali gus membalas kepercayaa­n JDT untuk menerima semula pemain itu selepas musim 2017.

Ini adalah kali keempat skuad Harimau Selatan merangkul trofi Sultan Ahmad Shah selepas 2015, 2016 dan 2018 serta men- gutip tiga mata pertama untuk saingan Liga Super musim ini.

Dalam aksi tersebut, JDT memulakan perlawanan agresif apabila melakukan serangan bertali arus dengan dua percubaan dalam 10 minit pertama oleh Safawi Rasid diselamatk­an oleh penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul.

Namun, skuad kendalian Mehmet Durakovic tertekan dengan asakan barisan depan JDT, bagaimanap­un tidak mengalah dan cuba memberikan tentangan sebelum kecundang pada minit ke-40 apabila hantaran kemas Aaron Niquez Esclapez berjaya disudahi oleh Cabrera.

Bersambung babak kedua, Perak mula mengatur strategi memburu gol penyamaan namun tanpa kelibat pemain import, Gilmar Da Silva Filho, skuad The Bos Gaurus terpaksa bergantung kepada Wander Luiz untuk mengubah keadaan.

Benteng pertahanan JDT enggan memberi peluang kepada pasukan pelawat mengulangi kejayaan kali terakhir pasukan lawan merangkul Piala Sumbangsih pada 2006. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia