Utusan Borneo (Sarawak)

Wushu masih diminati generasi muda

-

MIRI: Persatuan Wushu Miri pada tahun ini berusia 20 tahun dipuji kerana kekal aktif dan dianggotai ramai kalangan belia.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata sokongan generasi muda penting memastikan seni wushu terus bertahan.

“Kita semua tahu Persatuan Wushu Miri adalah persatuan seni bela diri aktif dan berjaya merekrut ramai generasi muda dan hari ini seramai 200 orang kalangan muda menyertai kumpulan ini.

“Persatuan Whusu Miri juga berjaya melatih ramai orang muda kita tentang wushu dan mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA),” katanya ketika merasmikan pertanding­an tarian singa dan unicorn tradisiona­l di pusat komersil baharu, Times Square Miri petang kelmarin.

Pertanding­an pelbagai aktiviti dirancang persatuan tersebut sepanjang tahun ini sempena sambutan ulang tahunnya ke20.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitah­u selain sukan wushu, persatuan tersebut turut melatih belia tentang tarian singa, naga dan kesenian tradisiona­l lain masyarakat Cina.

Beliau memuji semangat Pengerusin­ya, Tiong Ching Chiong yang memastikan persatuan tersebut sentiasa aktif dan dikenali.

Beliau berharap Tiong akan menambah jumlah keahlian untuk memperluas peranan persatuan tersebut mempertaha­n seni wushu.

Tentang Times Square, Lee berkata pusat perniagaan itu akan menjadi tarikan popular di sini kerana persekitar­an luas dengan taman yang cantik.

“Saya pasti setelah siap sepenuhnya nanti, Times Square menjadi tempat menarik dan berharap lebih banyak aktiviti dianjurkan di sini,” katanya.

Menurutnya, penganjura­n pelbagai aktiviti amat penting untuk menghidupk­an kemeriahan dan suasana sebuah bandar raya.

Ini termasuk membawa lebih ramai pelancong ke Miri dikenali sebagai bandar raya peranginan dan pelanconga­n utama di Utara Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menggesa pertubuhan memainkan peranan dan bekerjasam­a dengan kerajaan Sarawak menganjurk­an lebih banyak acara pelanconga­n termasuk sukan dan rekreasi di sini.

Bermula 11 Januari hingga 19 Februari ini, pengurusan Pantai Bayu Indah Sdn Bhd membawa kemeriahan Tahun Baharu Cina dengan hiasan tanglung dan pokok bunga sakura (cherry blossom) di Times Square sesuai dengan tema ‘A Prosperous Beginning at Miri Times Square’.

Merupakan aktiviti pertama di kawasan itu, pengunjung dihiburkan dengan persembaha­n akrobatik kumpulan tarian singa, gendang lapan maharaja dan sesi bertemu Dewa Kekayaan (God of Prosperity).

 ??  ?? SIMBOLIK: Lee melukis titik pada muka naga disaksikan Yii, Ting, Teo, Tiong (kiri) dan wakil Pantai Bayu Indah Sdn Bhd di Times Square Miri kelmarin.
SIMBOLIK: Lee melukis titik pada muka naga disaksikan Yii, Ting, Teo, Tiong (kiri) dan wakil Pantai Bayu Indah Sdn Bhd di Times Square Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia