Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita disyaki terlibat kes tembakan di konsulat AS ditahan

-

Pihak polis Istanbul kelmarin menahan seorang wanita disyaki terlibat dalam serangan pada 2015 yang menyasarka­n konsulat Amerika Syarikat ( AS) di bandar ini, menurut pejabat gabenor tempatan.

Suspek dikenali sebagai Hatice Kilic dan dikatakan anggota kumpulan haluan kiri yang diharamkan, telah ditangkap di daerah Avcilar di Istanbul, tambahnya.

Dua wanita bersenjata telah melancarka­n serangan pada Ogos 2015 terhadap konsulat AS yang dikukuhkan di daerah sunyi Istinye di luar bandar Istanbul.

Seorang tercedera dan ditangkap sejurus selepas serangan, namun Kilic berjaya melepaskan diri serta pihak berkuasa menawarkan ganjaran 1.5 juta lira bagi maklumat yang membawa kepada penangkapa­nnya.

Barisan Tentera Revolusi Pembebasan Rakyat ( DHKP- C) mengakui bertanggun­gjawab atas serangan itu.

Kumpulan itu telah menyasarka­n kedutaan AS di Ankara pada 2013, membunuh seorang pengawal keselamata­n Turki. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia