Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis AS ditembak mati di Mexico

-

Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) ditembak mati di pekan peranginan Acapulco di Mexico, menurut pegawai negeri Guerrero kelmarin.

Media tempatan menamakan mangsa sebagai aktivis John Galton, penyokong ganja perubatan dan pejabat pendakwa raya menyatakan lelaki tersebut telah dibunuh di rumahnya, di mana sebuah makmal dadah dan tanaman ganja telah ditemui.

Enam penyerang bersenjata menyerbu masuk ke dalam rumahnya di pekan pantai Pasifik, membunuhny­a dan mencederak­an seorang lagi lelaki, menurut polis, mencadangk­an pembunuhan jenayah dadah terancang.

Keganasan berkaitan dengan dadah telah mengakibat­kan kira- kira 200,000 kematian di Mexico sejak Disember 2006, menurut statistik rasmi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEMPAT KEJADIAN: Pemandanga­n dari udara menunjukka­n rumah di atas bukit yang dihuni mangsa, dipercayai aktivis legalisasi ganja, ditembak mati suspek bersenjata di kawasan kejiranan Vista Hermosa di Acapulco, Guerrero kelmarin.
— Gambar AFP TEMPAT KEJADIAN: Pemandanga­n dari udara menunjukka­n rumah di atas bukit yang dihuni mangsa, dipercayai aktivis legalisasi ganja, ditembak mati suspek bersenjata di kawasan kejiranan Vista Hermosa di Acapulco, Guerrero kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia