Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka lengang sempena musim perayaan

-

Pasaran getah Malaysia dijangka lengang dalam dagangan minggu ini disebabkan suasana perayaan sempena cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.

Pada masa yang sama, para peniaga turut memantau perkembang­an perbincang­an perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) – China.

“D e n g a n g e n c a t a n perdaganga­n AS-China yang bakal berakhir, pelabur akan memberi tumpuan kepada perkembang­an perbincang­an yang diharap boleh memberikan hala tuju pasaran yang lebih jelas,” katanya.

Para pegawai atasan AS dan China sudah pun memulakan perbincang­an sejak 30 Jan, bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara.

Peniaga juga akan memantau prestasi ringgit, yang sekarang ini sedang mengukuh.

Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah didagangka­n kebanyakan­nya lebih rendah, selepas peneraju pasaran mengambil sikap untuk ‘tunggu dan lihat’ bagi mengenai perkembang­an perbincang­an tersebut.

Pasaran juga menyaksika­n urus niaga yang lebih berhatihat­i, sementara menunggu hasil mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n pada Rabu. Ia berakhir dengan Rizab Persekutua­n mengekalka­n kadar faedah.

Pasaran getah tempatan ditutup pada Jumaat sempena cuti Hari Wilayah Persekutua­n.

Atas dasar Khamis ke Jumaat, harga tengah har Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 jatuh 10 sen kepada 537.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun dua sen kepada 390 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasm pada jam 5 petang bagi SMR 20 susut 10 sen kepada 537 sen sekilogram, manakala lateks pukal adalah tiga sen lebih baik kepada 389 sen sekilogram — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia