Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit teruskan pengukuhan minggu ini

-

Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu ini, mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS apabila minat mengambil risiko meningkat sedikit walaupun dolar AS menyusut serta pemulihan harga komoditi.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata ringgit dan mata wang ekonomi pesat berkembang d i j a n g k a m e n g a m b i l kesempatan daripada dolar AS yang lemah, yang kini berada dalam tekanan selepas Rizab Persekutua­n AS ( Fed) memutuskan untuk mengekalka­n kadar faedahnya.

Beliau berkata sikap memihak kepada kadar faedah rendah yang tidak dijangka oleh Pengerusi Fed, Jerome H Powell pada Rabu, yang kemungkina­n menandakan berakhirny­a kenaikan kadar faedah, mencetuska­n rali di bursa-bursa saham serantau.

“Ini merupakan perubahan yang dramatik kerana kami menjangkak­an kenaikan, namun Fed mengekalka­nnya. Ini sememangny­a kejutan positif. Saya jangkakan ringgit akan terus mengukuh,” katanya kepada Bernama, dengan mengunjurk­an ringgit akan bergerak antara 4.00 dan 4.05 minggu ini.

Nazri Khan juga berkata ketegangan politik terhadap Brexit yang semakin reda selain keyakinan bahawa p e n y e l e s a i a n p e r a n g perdaganga­n AS- China akan dicapai, akan memberi sokongan kepada sentimen minggu ini.

Delegasi 30 pegawai dari Beijing, yang diketuai Naib Perdana Menteri China, Liu He, tiba di Washington pada Rabu untuk rundingan dua hari.

White House diwakili Setiausaha Perbendaha­raan Steven Mnuchin dan Wakil Perdaganga­n Robert Lighthizer.

Para pegawai kedua- dua negara dilaporkan memulakan perbincang­an yang baik semasa sesi pembukaan.

Dalam minggu dagangan yang pendek, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu pada 4.0930/0980 berbanding dolar AS pada Khamis berbanding 4.1225/1275 yang dicatatkan pada Jumaat lepas, berikutan permintaan yang lebih baik ke atas nota tempatan selain data perdaganga­n yang meningkat.

Jumlah dagangan Malaysia pada 2018 kekal kukuh, berkembang 5.9 peratus kepada RM1.876 trilion daripada RM1.771 trilion pada 2017, disebabkan pertumbuha­n eksport yang lebih tinggi daripada jangkaan untuk tahun yang ditinjau.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangka­n kebanyakan­nya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0409/ 0450 pada Khamis daripada 3.0346/0385 Jumaat lepas, turun berbanding yen Jepun kepada 3.7699/7749 daripada 3.7542/7598, dan lemah berbanding euro kepada 4.7000/0070 daripada 4.6704/6769.

Bagaimanap­un, mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3688/3758 daripada 5.3935/ 4004 sebelum in kerana sentimen pasaran dipengaruh­i perkembang­an Brexit.

Pasaran Malaysia ditutup pada Jumaat sempena cut Hari Wilayah Persekutua­n — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia