Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLIBOR suram

-

Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di BursaMalay­siaDerivat­ives dijangka terus suram pada minggu ini disebabkan oleh kekurangan minat, kata peniaga.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak hadapan KLIBOR tidak diniagakan untuk sepanjang minggu, dengan jumlah dagangan dan minat terbuka masingmasi­ng kekal sifar.

Pada Jumaat, Januari 2019, Februari 2019, Mac 2019 dan Jun 2019, masing- masing berada pada 96.24, 96.22, 96.22 dan 96.22.

Kadar asas KLIBOR tiga bulan tidak berubah daripada 3.69 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia