Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu ini

-

Kadar jangka pendek dijangka stabi pada minggu ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran wang tunai.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar rujukan Islam kekal pada 3.19 peratus sama seperti minggu sebelum ini manakala kadar satu minggu dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

Pendasar tiga bulan KLIBOR berkemungk­inan kekal pada 3.69 peratus.

Pada minggu lepas, BNM menjalanka­n operasi harian untuk menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalanka­n tender pasaran wang konvension­al tender Qard, lelongan matang pelbagai dan program komodit Murabahah.

Pada asas Jumaat ke Jumaat jumlah lebihan mudah tuna dalam sistem konvension­a untuk minggu itu menurun kepada RM21.72 bilion daripada RM23.98 bilion manakala dalam sistem Islam ia susut kepada RM12.65 bilion daripada RM13.50 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia