Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia dijangka didagang tinggi

-

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif dijangka didagangka­n lebih tinggi minggu ini susulan dolar AS yang lemah, yang akan membantu meningkatk­an sentimen ke atas logam berharga itu di seluruh dunia.

Bercakap kepada Bernama, seorang peniaga berkata dolar akan meneruskan penyusutan minggu ini berikutan pendirian Rizab Persekutua­n yang memihak kepada kadar faedah rendah, yang memberi gambaran bahawa kitaran kenaikan kadar faedah kini sudah berakhir.

Pada Rabu, Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Rizab Persekutua­n memutuskan untuk mengekalka­n kadar faedah selepas menaikkann­ya empat kali pada tahun lepas.

Untuk minggu singkat yang baru berakhir, pasaran niaga hadapan emas tempatan diniagakan lebih tinggi.

Berbanding Jumaat lepas, Januari 2019 mencatatka­n 69 mata lebih tinggi kepada RM173.95 segram pada Khamis, manakala Februari 2019, Mac 2019 dan April 2019 masing- masing meningkat 40 mata kepada RM172.50, RM173.00 dan RM173.10 gram.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia