Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK SAMBAR PENYERANG DARI BRAZIL

Proses mengikat Hudson dipercepat agar dapat diturunkan pada aksi sulung menentang Pulau Pinang, Sabtu ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak menandatan­gani seorang lagi pemain Brazil, Hudson Dias De Jesus bagi menggantik­an pemain pertahanan, Ronald Hikspoors yang diserap dalam barisan kejurulati­han skuad selepas mengalami kecederaan.

Pengurus Pasukan, Hamzah Brahim ketika mengumumka­n perkara itu semalam berkata proses mengikat penyerang berusia 27 tahun itu sedang dipercepat­kan bagi membolehka­n beliau diturunkan pada perlawanan wanan sulung Sabtu ini menentang ntang Pulau Pinang.

“Hasil perbincang­an dengan pihak pengurusan an dan kejurulati­han, kita a bersetuju atas desakan keperluan semasa mengambil penyerang dari Brazil iaitu Hudson Dias.

“Saya dimaklumka­n oleh barisan kejurulati­han bahawa tahap kecerrgasa­n penyerang utama, ma, Muamer Salibasic belum lum pulih sepenuhnya. Justeru, teru, kita amat memerlukan penyerang untuk mengambil alih tugas beliau.

“Kita tewas pada perlawanan pertama minggu lepas dan amat memerlukan kemenangan pada perlawanan kedua Sabtu ini,” jelas Hamzah pada

Hasil perbincang­an dengan pihak pengurusan dan kejurulati­han, kita bersetuju atas desakan keperluan semasa mengambil penyerang dari Brazil iaitu

Dias. ”

Hudson

Hamzah Brahim

Pengurus Pasukan Sarawak

sidang media semalam.

Menurut Hamzah, beliau akui posisi lain juga perlu dipertingk­atkan selepas keka- lahan pertama namun fokus utama ketika ini adalah untuk mempertaja­mkan jentera serangan.

Beliau turut mengumumka­n penyerang cilik dari Indone- sia, Rian Firmansyah juga akan membuat penampilan pertamanya pada Sabtu ini. Ia berita gembira buat Ketua Jurula Jurulatih, Mohd Farhan Abdullah selepas pemain sayap lincah lincah, Abdul Rahim Abdul Raz Razak terpaksa direhatkan un untuk tempoh agak panja jang selepas mengalami k kecederaan semasa sesi latihan kelmarin. “Rian juga akan dapat diturunkan kerana sijil perpindaha­n antarabang­sa beliau ( ITC) s sudah diluluskan hari in ini (semalam). “Saya juga difahamkan Hud Hudson telah menjalani pemer pemeriksaa­n kecergasan hari ini (semalam) (se dan berharap pemain itu dapat diturunkan pada Sabtu ini,” tambah Hamzah lagi.

Pada masa sama, beliau menyeru sokongan padu penyokong untuk turun memenuhi Stadium Negeri, Petra Jaya bagi memberikan sokongan padu kepada Sarawak.

Dengan ketinggian 1.90 meter selain memiliki kepantasan dan kawalan bola yang baik, Hudson dilihat jawa- pan segera kepada masalah di jentera serangan Sarawak selepas ini.

Sebelum bertukar angin ke Malaysia, beliau pernah beraksi di kelab Santa Cruz FC ( Brazil), Cabofriens­e (Brazil) dan Sporting Covilha (Portugal).

Hudson yang merupakan rakan baik pemain pertahanan Sarawak, Pedro Henrique Dias De Amorim tiba di sini kelmarin bersama dua lagi rakannya yang turut menjalani ujian, Rodrigo Amorim Oliveira dan Marcelo Cabral Pinha Domingues.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGGEMPUR BAHARU: Hamzah (kiri) berjabat tangan dengan Hudson sambil disaksikan Penasihat Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed dan Penolong Pengurus, Abang Fomay Abang Sa’adeli.
PENGGEMPUR BAHARU: Hamzah (kiri) berjabat tangan dengan Hudson sambil disaksikan Penasihat Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed dan Penolong Pengurus, Abang Fomay Abang Sa’adeli.
 ??  ?? JUARA: Erdie (tengah) dan para pemenang lain bergambar bersama hadiah kemenangan masingmasi­ng.
JUARA: Erdie (tengah) dan para pemenang lain bergambar bersama hadiah kemenangan masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia