Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS ANTARA LIMA DITAHAN KERANA JUDI SABUNG AYAM

-

MIRI: Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun antara lima yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi sabung ayam di kawasan tanah lapang sebuah rumah panjang di Niah dekat sini petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol berkata, kelima-lima suspek lelaki yang ditangkap merupakan warga tempatan berusia 39 hingga 64 tahun.

“Serbuan yang dinamakan Ops Dadu kira-kira jam 4.30 petang itu dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Balai Polis Batu Niah.

“Polis turut menemui dua ekor ayam sabung yang telah mati dan dua ekor lagi masih hidup, kesemuanya dirampas untuk dijadikan barang bukti kes,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Mohd Sabri berkata, turut dirampas seunit alat penimbang dan satu keping papan putih tercatit butir-butir pertaruhan.

Kesemua suspek yang ditangkap dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiaya­an Terhadap Binatang 1962,” ujarnya.

 ??  ?? SERBUAN: Polis menyerbu kawasan yang dipercayai dijadikan tempat untuk pertaruhan sabung ayam. BUKTI: Salah seekor ayam yang telah mati.
SERBUAN: Polis menyerbu kawasan yang dipercayai dijadikan tempat untuk pertaruhan sabung ayam. BUKTI: Salah seekor ayam yang telah mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia