Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki dicekup ketika asyik berjudi sabung ayam

-

Ketika masyarakat Tiong Hua sibuk meraikan Tahun Baharu Cina, empat lelaki di sini dicekup kerana disyaki terlibat dalam perjudian sabung ayam.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Je- nayah Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah sekitar jam 4 petang pada hari pertama Tahun Baharu Cina di sebuah kawasan tanah lapang di Bukit Ambun.

“Empat lelaki tempatan berumur antara 28 hingga 48 tahun telah ditahan dalam serbuan itu,” katanya kepada Utusan Borneo.

Pihak polis turut merampas beberapa barangan kelengkapa­n perjudian sabung ayam termasuk wang tunai RM353.

Keempat-empat suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiaya­an Terhadap Binatang 1963.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia