Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurus spa dirompak lelaki berparang

-

Seorang wanita pengurus sebuah kedai spa di sini mengalami kerugian RM5,900 apabila dirompak seorang lelaki bersenjata­kan sebilah parang sekitar 7.20 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, perompak berkenaan mengacukan parang ke leher wanita berumur 45 tahun itu dan mengambil barang kemas pada badannya.

“Mangsa didatangi seorang lelaki bertopeng hitam bersenjata­kan sebilah parang yang bertindak merentap tangannya dan meletakkan parang pada leher mangsa,” katanya kepada Utusan Borneo.

Suspek kemudianny­a mengarahka­n pengadu untuk menyerahka­n kesemua barang kemas milik mangsa iaitu seutas rantai emas, seutas gelang tangan emas, sebentuk cincin emas dan seunit telefon bimbit.

Mangsa dikatakan berseorang­an dalam kedainya kerana waktu operasi tamat pada 8.30 malam.

“Mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana suspek memakai topeng dan bertopi,” ujarnya lagi.

Hasil siasatan awal daripada kenyataan saksi di sebelah premis, mereka tidak melihat kejadian sebaliknya hanya melihat suspek keluar dari kedai tersebut dengan memegang sebilah parang dan masuk ke dalam sebuah kereta berwarna biru gelap.

Polis turut memohon supaya orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian untuk berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan.

Bagaimanap­un, mangsa tidak mengalami apa- apa kecederaan dalam kejadian itu.

Kes kini masih dalam siasatan pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia