Utusan Borneo (Sarawak)

Kelasi India mati lemas tergelinci­r ke dalam sungai

-

Seorang pekerja kapal warga India maut setelah tergelinci­r lalu terjatuh ke dalam sungai di Kuala Baram ketika berjalan di atas titi kayu antara tongkang dan tebing pada pagi Rabu lalu.

Mangsa, lelaki berusia 25 tahun, dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut kirakira jam 9 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelinci­r lalu terjatuh ke dalam sungai semasa hendak menyeberan­g dengan berjalan di titi dari tongkang ke darat.

“Rakan mangsa yang menyedari kejadian tersebut terjun untuk menyelamat­kan mangsa dan membawanya ke darat, namun selepas diselamatk­an mangsa dipercayai sudah tidak bernyawa.

“Pemeriksaa­n juga mendapati tiada kesan luka pada badan mangsa dan tidak ada unsur- unsur jenayah berlaku,” katanya ketika di- hubungi Utusan Borneo.

Mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke Hospital Miri menggunaka­n kenderaan polis untuk proses bedah siasat.

“Setelah diperiksa oleh pegawai perubatan Hospital Miri mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah disimpan di bilik mayat hospital untuk tindakan selanjutny­a,” jelasnya menambah kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia