Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib teruskan kunjungan TBC ke kediaman beberapa kenamaan di Miri

-

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib meneruskan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) pada hari ketiga semalam dengan mengunjung­i kediaman beberapa orang kenamaan di sini.

Kunjungan pagi semalam dimulakan dengan mengunjung­i kediaman tokoh perniagaan Dato Lau Sie Wai dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Seterusnya, TYT dan rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman seorang lagi usahawan terkenal iaitu Datuk Hii Chang Pee sebelum ke kediaman tokoh korporat Tan Sri Yaw Teck Seng.

Sempena kunjungan itu, beliau dan rombongan turut dijamu dengan sajian makan tengah hari.

Manakala pada sebelah petang, Tun Taib dan isteri meluangkan masa mengunjung­i pusara ayahandany­a Mahmud Yahya di Tanah Perkuburan Sungai Baong, Krokop di sini sebelum berangkat ke Sibu untuk kunjungan TBC seterusnya.

Turut mengiringi Tun dan isteri ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda E-Dagang merangkap Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perniagaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting serta ADUN Lambir Ripin Lamat.

 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: TYT dan isteri (tengah) serta rombongan bergambar kenangan bersama Lee sekeluarga ketika mengunjung­i kediaman menteri muda itu, semalam.
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: TYT dan isteri (tengah) serta rombongan bergambar kenangan bersama Lee sekeluarga ketika mengunjung­i kediaman menteri muda itu, semalam.
 ??  ?? MESRA: TYT Tun Taib dipeluk mesra Lau setibanya di kediaman tokoh perniagaan itu untuk kunjungan TBC di Miri, semalam.
MESRA: TYT Tun Taib dipeluk mesra Lau setibanya di kediaman tokoh perniagaan itu untuk kunjungan TBC di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia