Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Sarawak diyakini lebih baik tahun ini

Banyak sektor akan menyokong pertumbuha­n ekonomi, biarpun negeri menghadapi pelbagai cabaran

- Oleh Patricia Gari

Kami yakin ekonomi Sarawak akan lebih baik tahun ini walaupun terdapat banyak halangan termasuk pembatalan hak Malaysia dan Sarawak sebagai hos Kejohanan Renang Para Dunia

2019.

Dato Tan Jit Kee

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina, Kuching

KUCHING: Ekonomi Sarawak diyakini akan lebih baik tahun ini meskipun berdepan pelbagai halangan termasuk kehilangan hak penganjura­n Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina, Kuching Dato Tan Jit Kee berkata demikian ketika ditemui di kediamanny­a selepas menerima kunjungan Tahun Baharu Cina daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Rabu lalu.

“Kami yakin ekonomi Sarawak akan lebih baik tahun ini walaupun terdapat banyak halangan termasuk pembatalan hak Malaysia dan Sarawak sebagai hos Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

“Kita setuju pembatalan hak ini adalah kerugian besar buat kerajaan negeri Sarawak dan sektor swasta, terutamany­a industri perhotelan kerana banyak bilik penginapan yang telah ditempah dibatalkan ekoran pembatalan hak penganjura­n itu,” ujarnya.

Beliau juga berkata, keputasan AirAsia menghentik­an perkhidmat­an penerbanga­n Kuching ke Shenzhen, China sedikit sebanyak menjejaska­n ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelanconga­n.

Sarawak katanya, antara destinasi pelanconga­n pilihan pelancong China dan pembatalan penerbanga­n terus itu boleh menjejaska­n jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Apapun, kita tetap optimis sektor-sektor lain akan menyokong pertumbuha­n ekonomi Sarawak untuk kekal pada tahap yang lebih baik tahun ini,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Tan (empat kiri) bersama keluarga bergambar dengan Abang Johari (duduk, tiga kanan), Juma’ani (dua kanan), Abdul Karim (tiga kiri) dan Julaihi (tiga kiri).
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Tan (empat kiri) bersama keluarga bergambar dengan Abang Johari (duduk, tiga kanan), Juma’ani (dua kanan), Abdul Karim (tiga kiri) dan Julaihi (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia